Assalamualaikum..
Ramai yang tidak tahu tentang rahsia solat...Jadi fira mahu berkongsi sedikit dengan kawan-kawan yang membuka blog fira ni...
Assalamualaikum..
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Assalamua'laikum wr wb...........
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
'Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ' FRIDAY the 13th ' jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!'
Wassalam.
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...' Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Saturday, May 8, 2010
RAHSIA SOLAT
Posted by nurilmiah at 1:09 AM
MUSLIMAH SEJATI
wanita solehah
6 pesanan untuk wanita
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Dilampirkan 6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-
1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.
2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah
zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan
mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari
ini."
4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar
anak-anak dari kecil bermula dengan
doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi
saw seperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak
membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga
dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas
Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat
berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini
bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman
wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak
amalkan.
Moga kita diberkati-Nya sokmo, Amin.Wassalam
wanita diciptakan untuk lelaki...
Akal Senipis Rambutnya
Jangankan lelaki biasa…. Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita…
Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah…
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa tiada didalam syurga ?
Namun Adam tetap rindukan Hawa…
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki…
Tetapi seandainya , lelaki itu sendiri tidak lurus…
Mana mungkin ,
Kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan
Yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
Janganlah
Kerana nanti mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan…
Kerana nanti mereka semakin derita
Kenalkan mereka dengan Allah S.W.T
zat yang kekal
Disitulah punca kekuatan dunia
Akalnya senipis rambutnya …tebalkan ia dengan ilmu
Hati separuh kaca …kuatkan ia dengan iman
Perasaan selembut sutera … hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia … kerana dari situlah mereka akan melihat
Nilai dan keadilan Tuhan
Bisikkanlah mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan …
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan
Tanpa iman ,
Ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan akan terus membengkok …
Itulah akibatnya ,
Andai wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia lelaki menjadi huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata
Tetapi ,
Binalah kepimpinan
Sebelum memimpin wanita
Menuju Ilahi
Pimpinlah dirimu kepada-Nya
Jinakkanlah segala-galanya dibawah kepimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Al-Zahrah
Jika dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahu Wajhah
… Amin …
0 comments:
Post a Comment