BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PEMBUKAAN BICARA

PEMBUKAAN BICARA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Thursday, March 3, 2011

Jodoh pertemuan buat abang




Salam...


Fira rasa sudah lama tidak melihat blog ini, bukan seminggu dua tapi dekat setahun juga. Apa yer saya nak citer dalam blog saya ni..


Saya nak sambung kisah abang saya la yang bertunang tahun lepas. Alhamdulillah dia selamat di ijab qabulkan dengan sekali lafaz, tidak silap saya kendurinya dilaksanakan pada raya haji tahun lepas.


Itulah baru cinta yang sejati, bercinta lepas kahwin..Jodohnya pun dekat rumah sahaja..Sebenarnya jodoh seseorang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.. Maklum la walaupun rumah dekat, masing-masing tidak pernah melihat..


Ini semua keluarga yang aturkan... Harap saya macam diaorang juga la...

Saturday, May 8, 2010

RAHSIA SOLAT




Assalamualaikum..

Ramai yang tidak tahu tentang rahsia solat...Jadi fira mahu berkongsi sedikit dengan kawan-kawan yang membuka blog fira ni...

Assalamualaikum..

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamua'laikum wr wb...........

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
'Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ' FRIDAY the 13th ' jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!'

Wassalam.
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...' Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Saturday, April 17, 2010

Pilihan Mak...

selepas disarungkan cincin pertunangan

Rasa-rasa saya dah lama tak edit blog ni baru nak buka...

Jadi saya nak cerita sedikit la tentang family saya..Bermulanya disini...abg saya ni umurnya dah msk 26tahun..dia ni anak ke 2 dr 5 ,so sudah masanya dia nak cari pasangan hidupnya tapi masalahnya dia tak nak cari, dia suruh mak carikan kononnya nak ikut jejak abgnya..pilihan mak katakan..lgpun dia ni mmg xkawan dgn mn2 girl... cadangnya tahun ni la nak kahwin...
Lepas itukan ada orang pelawa anaknya..katanya "anak perempuannya tak ada orang meminta, dulu ingat nak bagi kat abg saya yang sulung tapi abg dah ada org carikan"...mak cik saya pun kata la kat orang itu " la adik diakan ada "..serta-merta mereka terus terima...apalagi dalam 2minggu kot mak dan abah pergi masuk meminangnya...Nak jadi ceritanya...tunangnya orang dekat umah aje, selang 2 buah rumah aje..tapi waktu hari kejadian, kami saudara-mara pergi rumah mereka dengan kereta..kononnya orang jauh la...
Kedua2 abg saya ni kenal dgn isterinya dan tunangnya tanpa bercinta...Insyaallah abg yg kedua ni nak melangsungkan perkahwinan dalam bulan sebelas ni..doa2 yer...

Tuesday, March 30, 2010

SURAH AL_IKHLAS


Assalamualaikum...

Sama-samalah kita memgamalkan surah ini...Insyaallah kita diberi keberkatan dari surah ini...Amin

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha dan Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga disekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum masuk rumah, bacalah ayat diatas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas(iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad.Allahussamad.Lam yalid walam yu-lad.wa lam yakul lahu kufuwan ahad. sebanyak 3kali.



Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.



Amalkanlah bersolat kerana salam pertama(ianyawajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur
. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia
,


maka dia tidak akan membusuk didalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalamTadzikaratul Qurthuby).


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.


Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkattangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali(yangsedang kecil pada waktuitu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.


Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Alibetul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allah hus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lam ya lid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izraila.s, Walam yakullah ukufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yg manfaat yg disampaikan

Sunday, March 28, 2010

Doa Pelindung Diri

Marilah kita sama-sama berdoa agar diri ini sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T..


بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)
Dalam Sunan at-Tirmidzi dikatakan: "Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang membaca doa ini sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu.



أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق


Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)
Perawi hadis ini berkata: Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada satu malam, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada malam itu." Pada satu malam, perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian orang bertanya kepadanya:"Mana hadis yang kamu riwayatkan dahulu kepada kami, sedang kamu sekarang (ditimpa keburukan yang serupa) disengat kalajengking?" Ia menjawab:"Demi Zat yang tidak ada Tuhan selain Allah, aku lupa membacakan doa itu pada malam ini"

Doa dibaca selepas solat subuh dan asar sebanyak 3 kali.

Thursday, March 25, 2010

Tuesday, March 23, 2010

SEKADAR RENUNGAN



Barang siapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup.


  1. Barang siapa suka duduk berserta orang kaya, akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
  2. Barang siapa suka duduk berserta orang miskin, akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
  3. Barang siapa suka duduk berserta dengan sultan ( pemerintah negara ) akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
  4. Barang siapa duduk dengan perempuan ( bukan muhrim ) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
  5. barang siapa duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dengan bersenda gurau.
  6. Barang siapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda taubat.
  7. Barang siapa suka duduk dengan orang-orang soleh akan bertambahlah keinginan untuk taat.
  8. Barang siapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmunya dan waraknya
Maka fikir-fikirkanlah..wallahu a'lam...

wanita solehah

6 pesanan untuk wanita

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dilampirkan 6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah
zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan
mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari
ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar
anak-anak dari kecil bermula dengan
doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi
saw seperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak
membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga
dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas
Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat
berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini
bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman
wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak
amalkan.

Moga kita diberkati-Nya sokmo, Amin.Wassalam

wanita diciptakan untuk lelaki...


Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa…. Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita…

Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah…

Masih mencari walau ada segalanya.

Apa tiada didalam syurga ?

Namun Adam tetap rindukan Hawa…

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok

Untuk diluruskan oleh lelaki…

Tetapi seandainya , lelaki itu sendiri tidak lurus…

Mana mungkin ,

Kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan

Yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T

Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta…

Kerana nanti mereka semakin liar

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan…

Kerana nanti mereka semakin derita

Kenalkan mereka dengan Allah S.W.T

zat yang kekal

Disitulah punca kekuatan dunia

Akalnya senipis rambutnya …tebalkan ia dengan ilmu

Hati separuh kaca …kuatkan ia dengan iman

Perasaan selembut sutera … hiasilah ia dengan akhlak

Suburkanlah ia … kerana dari situlah mereka akan melihat

Nilai dan keadilan Tuhan

Bisikkanlah mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan

Ia bukan diskriminasi Tuhan …

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya

Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan

Tanpa iman ,

Ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus

Bahkan akan terus membengkok …

Itulah akibatnya ,

Andai wanita tidak kenal Tuhannya

Bila wanita menjadi derhaka

Pasti dunia lelaki menjadi huru-hara

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

Tetapi ,

Binalah kepimpinan

Sebelum memimpin wanita

Menuju Ilahi

Pimpinlah dirimu kepada-Nya

Jinakkanlah segala-galanya dibawah kepimpinanmu

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Al-Zahrah

Jika dirimu tidak sehebat

Saidina Ali Karamallahu Wajhah

… Amin …