BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PEMBUKAAN BICARA

PEMBUKAAN BICARA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saturday, March 20, 2010

Kesucian wudhuk zahir dan batin




Assalamualaikum....
Pada pembaca blog saya,hari ini saya mahu berkongsi dengan semua tentang kisah seorang ahli ibadah dalam wudhuk zahir dan batin...Harap kita sama-sama mengambil manfaat dari kisah ini..

Di mana seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih
ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya
kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya
tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk
zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,
"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota
wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan
tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal
mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini
adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan
baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham ! maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
SAMA-SAMALAH KITA MEMANFAATKAN KISAH INI...

1 comments:

Dahrun Marada said...

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sangat bermanfaat petuahnya ini.
Salam kenal

wanita solehah

6 pesanan untuk wanita

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dilampirkan 6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah
zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan
mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari
ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar
anak-anak dari kecil bermula dengan
doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi
saw seperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak
membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga
dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas
Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat
berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini
bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman
wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak
amalkan.

Moga kita diberkati-Nya sokmo, Amin.Wassalam

wanita diciptakan untuk lelaki...


Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa…. Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita…

Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah…

Masih mencari walau ada segalanya.

Apa tiada didalam syurga ?

Namun Adam tetap rindukan Hawa…

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok

Untuk diluruskan oleh lelaki…

Tetapi seandainya , lelaki itu sendiri tidak lurus…

Mana mungkin ,

Kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan

Yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T

Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta…

Kerana nanti mereka semakin liar

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan…

Kerana nanti mereka semakin derita

Kenalkan mereka dengan Allah S.W.T

zat yang kekal

Disitulah punca kekuatan dunia

Akalnya senipis rambutnya …tebalkan ia dengan ilmu

Hati separuh kaca …kuatkan ia dengan iman

Perasaan selembut sutera … hiasilah ia dengan akhlak

Suburkanlah ia … kerana dari situlah mereka akan melihat

Nilai dan keadilan Tuhan

Bisikkanlah mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan

Ia bukan diskriminasi Tuhan …

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya

Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan

Tanpa iman ,

Ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus

Bahkan akan terus membengkok …

Itulah akibatnya ,

Andai wanita tidak kenal Tuhannya

Bila wanita menjadi derhaka

Pasti dunia lelaki menjadi huru-hara

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

Tetapi ,

Binalah kepimpinan

Sebelum memimpin wanita

Menuju Ilahi

Pimpinlah dirimu kepada-Nya

Jinakkanlah segala-galanya dibawah kepimpinanmu

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Al-Zahrah

Jika dirimu tidak sehebat

Saidina Ali Karamallahu Wajhah

… Amin …