Assalamualaikum...
Sama-samalah kita memgamalkan surah ini...Insyaallah kita diberi keberkatan dari surah ini...Amin
Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha dan Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga disekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum masuk rumah, bacalah ayat diatas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas(iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad.Allahussamad.Lam yalid walam yu-lad.wa lam yakul lahu kufuwan ahad. sebanyak 3kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama(ianyawajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk didalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalamTadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkattangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali(yangsedang kecil pada waktuitu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Alibetul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allah hus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lam ya lid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izraila.s, Walam yakullah ukufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota :
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yg manfaat yg disampaikan