BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PEMBUKAAN BICARA

PEMBUKAAN BICARA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saturday, April 17, 2010

Pilihan Mak...

selepas disarungkan cincin pertunangan

Rasa-rasa saya dah lama tak edit blog ni baru nak buka...

Jadi saya nak cerita sedikit la tentang family saya..Bermulanya disini...abg saya ni umurnya dah msk 26tahun..dia ni anak ke 2 dr 5 ,so sudah masanya dia nak cari pasangan hidupnya tapi masalahnya dia tak nak cari, dia suruh mak carikan kononnya nak ikut jejak abgnya..pilihan mak katakan..lgpun dia ni mmg xkawan dgn mn2 girl... cadangnya tahun ni la nak kahwin...
Lepas itukan ada orang pelawa anaknya..katanya "anak perempuannya tak ada orang meminta, dulu ingat nak bagi kat abg saya yang sulung tapi abg dah ada org carikan"...mak cik saya pun kata la kat orang itu " la adik diakan ada "..serta-merta mereka terus terima...apalagi dalam 2minggu kot mak dan abah pergi masuk meminangnya...Nak jadi ceritanya...tunangnya orang dekat umah aje, selang 2 buah rumah aje..tapi waktu hari kejadian, kami saudara-mara pergi rumah mereka dengan kereta..kononnya orang jauh la...
Kedua2 abg saya ni kenal dgn isterinya dan tunangnya tanpa bercinta...Insyaallah abg yg kedua ni nak melangsungkan perkahwinan dalam bulan sebelas ni..doa2 yer...

wanita solehah

6 pesanan untuk wanita

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dilampirkan 6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah
zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan
mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari
ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar
anak-anak dari kecil bermula dengan
doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi
saw seperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak
membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga
dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas
Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat
berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini
bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman
wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak
amalkan.

Moga kita diberkati-Nya sokmo, Amin.Wassalam

wanita diciptakan untuk lelaki...


Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa…. Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita…

Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah…

Masih mencari walau ada segalanya.

Apa tiada didalam syurga ?

Namun Adam tetap rindukan Hawa…

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok

Untuk diluruskan oleh lelaki…

Tetapi seandainya , lelaki itu sendiri tidak lurus…

Mana mungkin ,

Kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan

Yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T

Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta…

Kerana nanti mereka semakin liar

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan…

Kerana nanti mereka semakin derita

Kenalkan mereka dengan Allah S.W.T

zat yang kekal

Disitulah punca kekuatan dunia

Akalnya senipis rambutnya …tebalkan ia dengan ilmu

Hati separuh kaca …kuatkan ia dengan iman

Perasaan selembut sutera … hiasilah ia dengan akhlak

Suburkanlah ia … kerana dari situlah mereka akan melihat

Nilai dan keadilan Tuhan

Bisikkanlah mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan

Ia bukan diskriminasi Tuhan …

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya

Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan

Tanpa iman ,

Ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus

Bahkan akan terus membengkok …

Itulah akibatnya ,

Andai wanita tidak kenal Tuhannya

Bila wanita menjadi derhaka

Pasti dunia lelaki menjadi huru-hara

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

Tetapi ,

Binalah kepimpinan

Sebelum memimpin wanita

Menuju Ilahi

Pimpinlah dirimu kepada-Nya

Jinakkanlah segala-galanya dibawah kepimpinanmu

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Al-Zahrah

Jika dirimu tidak sehebat

Saidina Ali Karamallahu Wajhah

… Amin …